Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) 2022 yang menutup tirai pada Khamis telah berjaya menarik nilai pelaburan lebih RM46 bilion.<br /><br />Pengerusi Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM), Dr Sean Seah berkata, nilai tersebut adalah hasil pertukaran dokumen dan MoU antara beberapa syarikat terbesar dalam arena teknologi dan digital global.
